Friday 7 October 2011

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI KEDUA TAHUN 2011

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan
Radio Amatur (RAE) siri kedua bagi tahun 2011 sebagai memenuhi kehendak Peraturan
26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000
pada tarikh dan waktu seperti berikut.

Tarikh dan masa peperiksaan : 15 Disember 2011 jam 2.00 petang
Tarikh tutup permohonan : 28 Oktober 2011 jam 5.00 petang

Kelayakan bagi menduduki peperiksaan ini adalah seperti berikut:
- Telah berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
- Warganegara Malaysia (Bagi bukan warganegara, sila rujuk mana-mana pejabat SKMM   untuk pengesahan kelayakan).

Borang permohonan yang telah lengkap diisi berserta bayarannya dan satu salinan dokumen
pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke
pejabat wilayah SKMM seperti di bawah :

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sarawak, Aras 5 (Utara), Wisma STA
26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak

Sila tulis “RAE 2011-2” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan melalui Kiriman/Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan dikepilkan bersama borang permohonan. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain kaedah pembayaran akan ditolak.

Dapatkan Borang Permohonan RAE di sini