Sunday 12 August 2012

EYEBALL XPDC GUNUNG SANTUBONG

Eyeball XPDC telah diadakan pada 11/8/2012 dimana menerangkan program pendakian dan bermalam paling ramai di puncak Gunung Santubong yang akan diadakan pada 15-16 September 2012. Ahli kelab yang hadir telah menyatakan persetujuan untuk membantu program tersebut dari aspek komunikasi.
Satu pendakian memantau dan menguji pancar gelombang radio akan diadakan pada
31 Ogos 2012 (Jumaat) pukul 2.00 petang dan bermalam di puncak .
 Rakan-rakan yang berminat untuk mendaki sila berhubung dengan 9W8SAS (0198104998) dan 9M8WAT(0138239299) untuk maklumat yang lebih lanjut.
Berikut adalah stesen yang hadir pada masa eyeball tersebut, terima kasih atas komitmen anda;
9W8CH, 9M8WAT, 9W8YSS, 9M8MA, 9W8PTS, 9W8AMM, 9W8MED,9W8ALF, 9W8SAS,9W8RAM, 9W8SBZ, 9W8GPS, 9W8GPS, 9W8JJJ, Mr. Keith, Mr. Fadeli.

QRU,
73

MAJILIS BERBUKA PUASA (PART B)

Terima Kasih kepada rakan-rakan yang dapat bersama memeriahkan Majlis tersebut, diharap majlis tersebut dapat dijadikan acara tahunan kelab. Terima kasih juga kepada 9W8AMM yang telah berusaha mengurus majlis tersebut dengan jayanya.
Ahli ARCS yang hadir










9W8BOY (Jafarudin) menerangkan mengenai
XPDC Gunung Santubong











9W8SAS berkongsi pengalaman dalam XPDC
gunung

Monday 6 August 2012

TAKLIMAT XPDC GUNUNG SANTUBONG BERSAMA KELAB AKTIVITI LASAK KUCHING

Taklimat XPDC mendaki Gunung Santubong bersama Kelab Aktiviti Lasak Kuching telah diadakan di Tepian Gelanggang, KBS. Tujuan taklimat tersebut adlah untuk melakukan pendakian dan bermalam paling ramai di puncak Gunung Santubong, dimana Kelab tersebut mensasarkan 300 orang peserta. Sehubungan dengan itu pihak penganjur telah meminta bantuan dari ARCS untuk bertanggungjawab dalam komunikasi radio sepanjang progam tersebut.

Satu "eyeball" akan diadakan untuk membincangkan dengan teliti perkara tersebut;
XTVT: Eyeball XPDC Gunung Santubong
Tarikh: 11 Ogos 2012 (Sabtu)
Masa: Pukul 9.00 malam (Jam2100)
Tempat: Pondok Anis, Kuching

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan En. Aldrin (9M8WAT) 0138239299

QRU, 73

Taklimat sedang dilakukan oleh En. Doni