Wednesday 24 October 2012

55th WORLD SCOUT JAMBOREE ON THE AIR (JOTA) 2012

Pada tahun ini ARCS menghantar beberapa petugas Radio Amatur untuk membantu Pengakap Daerah Bintulu untuk penganjuran World Scout JOTA yang diadakan di SMK Bintulu (19 Okt - 21 Okt 2012).
Stesen JOTA tersebut beroperasi seawal pada petang Jumaat (19 Okt 2012) dengan menggunakan isyarat panggilan (callsign) 9M8WAT telah dirasmikan oleh YB Datuk Haji Talip Zulpilip ADUN N58 Jepak dimana kontek yang pertama dapat dibuat dengan 9M8ADX dari stesen mobil.
Petugas Stesen radio amatur yang terlibat ialah 9M8WAT (Stesen Master), 9W8SIR dan 9W8IQA sebagai radio operator.
Aktiviti utama semasa perkhemahan tersebut ialah komunikasi melalui radio (VHF,HF), menghantar dan menerima Morse Code dan Semaphore. Secara keseluruhannya perkhemahan JOTA tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan dimana peserta seramai 200 orang ahli Pengakap terlibat.
Ucapan penghargaan kepada AJK ARCS kerana sudi meminjamkan peralatan kelab untuk menjayakan perkhemahan tersebut.
Adalah menjadi harapan perkhemahan sedemikian akan dapat dijalankan setiap tahun dengan tujuan mendedahkan asas ilmu sains dalam komunikasi dan juga dapat menarik minat anak-anak muda mendalami hobi Radio Amatur.

QS0 perasmian oleh Yang Berhormat dengan stesen radio amatur ,9M8ADX/M


9W8IQA,9M8WAT,9W8SIR, SWL ALVIN

QSO dengan 9M2PPM (opr 9M2RDX) National JOTA station  on 14.300 MHz


Sesi penerangan Semaphore
 

Thursday 18 October 2012

BORNEO AMATEUR RADIO FESTIVAL KE-7

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT YANG BERKAITAN








Sunday 7 October 2012

MESYUARAT PENYELARASAN BORNEO AMATEUR RADIO FESTIVAL

Mesyuarat penyelarasan ini, telah dilakukan di Bengkel GPF ILP Kota Samarahan. Mesyuarat ini telah membincangkan tentatif program dan bajet keseluruhan festival tersebut. BARF Ke-7 ini akan diadakan pada 14-16 Disember 2012. Tentatif program akan dikeluarkan secara rasmi dalam masa terdekat.
AJK penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kelab yang sudi hadir untuk memberi komitmen dalam menjayakan festival tersebut.
Stesen yang hadir; 9W8CH, 9M8WAT,9M8SYA,9W8KIF,9W8VAV,9W8ATZ,9M8MET, 9W8EA,9W8ZCC,9W8RIZ,9W8AMM.9W8ZAM,YDIPIN/9M8,9W8NMP


9W8CH dan  9M8SYA mempengerusikan mesyuarat