Friday, 20 April 2012

PEPERIKSAAN RADIO AMATUR SIRI PERTAMA TAHUN 2012

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menganjurkan Peperiksaan
Radio Amatur (RAE) siri pertama bagi tahun 2012 bagi memenuhi kehendak Peraturan 26(2), Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000, pada tarikh dan waktu seperti berikut.

Tarikh dan masa peperiksaan : 27 Jun 2012, jam 2.00 petang
Tarikh tutup permohonan : 11 Mei 2012, jam 5.00 petang

Kelayakan bagi menduduki peperiksaan adalah seperti berikut:
1. Berumur 14 tahun ke atas pada hari peperiksaan dilangsungkan; dan
2. Warganegara Malaysia atau Penduduk Tetap (Bagi bukan warganegara, sila rujuk manamana pejabat SKMM untuk pengesahan kelayakan).

Permohonan boleh dibuat sama ada melalui perkhidmatan atas talian (online) atau secara
manual dengan menggunakan borang permohonan bercetak. Permohonan secara atas talian boleh dibuat di laman sesawang rasmi SKMM di www.skmm.gov.my atau terus ke URLhttp://sems.skmm.gov.my. Borang bagi permohonan secara manual boleh diperolehi dari laman sesawang rasmi SKMM atau mana-mana pejabat SKMM.

Untuk permohonan secara manual, borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta
bayarannya dan satu salinan dokumen pengenalan diri pemohon (Kad Pengenalan, Kad Kuasa atau Pasport) hendaklah dihantar ke pejabat wilayah SKMM yang sepadan menurut pusat peperiksaan yang dipilih seperti di bawah.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
Pejabat Wilayah Sarawak
Aras 5 (Utara), Wisma STA
26, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim
93450 Kuching Sarawak
Tel: +6082346500
Faks: +608233190 1

Sila tuliskan perkataan “RAE 2012-1” di sudut atas sebelah kiri sampul surat anda. Yuran
peperiksaan adalah sebanyak Ringgit Malaysia Lima Puluh (RM50.00) dan perlu dijelaskan
melalui Wang Pos Malaysia atau Deraf Bank yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan
atas nama “SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA” dan mestilah
dikepilkan bersama borang permohonannya. Permohonan yang disertakan dengan lain-lain
kaedah pembayaran akan ditolak.

Jumlah calon adalah terhad dan keutamaan diberikan kepada permohonan awal yang diterima. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui laman sesawang rasmi SKMM dan melaluipos selewat-lewatnya 7 hari sebelum hari ujian dilangsungkan.





Tuesday, 10 April 2012

Bengkel Digital Interface

Tarikh : 13 April 2012 (Jumaat)
Masa : 2000hrs
Tempat : Rumah Tamu, ILP Kota Samarahan
Bayaran : PERCUMA


Sunday, 1 April 2012

BORNEO AMATEUR RADIO FESTIVAL 2012

Tarikh : 14 & 15 Disember 2012
Tempat : Kuching, Sarawak (lokasi terkini akan dimaklumkan)
Aktiviti :  Fox hunting, CW Receiving, Eyeball QSO, Majlis makan malam dan mesyuarat

ARCS FAMILY DAY 2012 (14&15 April 2012)